Personal Data Notice
EXSIM DEVELOPMENT SDN BHD
Notis Data Peribadi
Dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturannya, notis ini adalah dikeluarkan kepada semua pelanggan dan/atau bakal pelanggan kami yang dihargai untuk menerangkan hak anda berkaitan dengan data peribadi anda yang telah dan/atau akan dikutip, dikumpul dan/atau diproses oleh Exsim Development Sdn Bhd (Registration No. 200901032054 (875164-W)), anak syarikat, syarikat bersekutu dengannya, rakan kongsi usaha samanya, termasuk semua pemegang saham, pengarah, pekerjanya, pembekal, kontraktor dan/atau orang yang dibenarkan (” kami“, atau” Syarikat“).
Dengan menyerahkan data peribadi anda kepada kami atau berinteraksi dengan kami sama ada pada acara kami, atau dengan menggunakan laman web kami pada https://exsim.com.my/ (“Laman Web”) , anda bersetuju dengan kami memproses data peribadi anda berdasarkan Notis ini.
Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan atau konflik antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia bagi Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai. Kami berhak untuk mengubahsuai, mengemaskini atau meminda syarat Notis ini pada bila-bila masa dengan meletakkan Notis yang dikemas kini di Laman Web. Dengan terus berkomunikasi dengan kami berikutan pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan kepada Notis ini, ini akan menandakan penerimaan anda terhadap pengubahsuaian, kemas kini atau pindaan tersebut.
1. Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi
Kami telah dan akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk urusan pada masa kini atau masa depan dengan kami. Pengumpulan data peribadi anda membolehkan kami mencapai tujuan-tujuan seperti yang dinyatakan dalam klausa 4 dibawah (“Tujuan”) dan segala tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan.
2. Sifat Data Peribadi dan Data Peribadi Sensitif
Anda mungkin diminta untuk membekalkan nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor paspot, alamat surat menyurat, alamat pejabat, jantina, tarikh lahir, status perkahwinan, butir-butir kanak-kanak dan/atau penjaga, pekerjaan, maklumat kenalan, alamat e-mel, nombor telefon bimbit, nombor telefon rumah, nombor faks, dan nombor telefon pejabat, butir-butiran majikan, butir- butiran pasangan, tanggungan dan/atau ahli keluarga, gaya hidup, bangsa, kewarganegaraan, butiran akaun bank dan data peribadi yang sensitif termasuk maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang serupa, atau apa-apa data peribadi sensitif lain yang ditetapkan oleh undang-undang dari semasa ke semasa.
3. Sumber
Kami boleh memperoleh data peribadi anda daripada pelbagai sumber termasuk tanpa terhad kepada borang tempahan, borang pendaftaran, borang atas talian, perjanjian yang anda tandatangani, kad nama atau mana- mana bahan pengenalan yang anda sampaikan secara sukarela; dan direktori perniagaan atau senarai yang anda telah melanggan untuk berkongsi maklumat anda dan lain – lain.
4. Tujuan-Tujuan
Pengumpulan dan pemprosesan data peribadi anda adalah untuk tujuan-tujuan termasuk tanpa terhad kepada yang berikut:
- Perjanjian & Urus Niaga
- Kemasukan segala perjanjian, kontrak, memorandum, dan/ atau urusan yang perlu untuk membeli produk atau perkhidmatan kami, termasuk perjanjian jual beli, surat ikatan perjanjian bersama, dan lain- lain;
- Penilaian kredit dan semakan latar belakang lain yang kami fikir perlu atau sesuai;
- Pungutan pembayaran tertunggak di bawah perjanjian – perjanjian;
- Penyampaian notis, dokumen, borang, dan dokumen lain di bawah perjanjian- perjanjian, kontrak- kontrak, memorandum- memorandum dan / atau aturan urusan lain;
- Penyerahan pemilikan kosong, penyerahan kunci, pengurusan harta/ hartanah, khidmat pelanggan dan/ atau kerja- kerja pembaikan kecacatan;
- Pelaksanaan obligasi- obligasi lain yang perlu di bawah perjanjian- perjanjian, kontrak- kontrak, memorandum- memorandum dan/ atau aturan urusan lain;
- Perkhidmatan & Produk
- Penyampaian perkhidmatan utama kami dan produk kami sama ada pada masa kini atau masa depan;
- Prosedur pengurusan hubungan pelanggan yang kami fikir perlu dan patut;
- Aktiviti-aktiviti pemprofilan pelanggan yang berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kami;
- Komunikasi dengan anda dan penyampaian maklumat melalui e – mel, secara telekomunikasi, termasuk panggilan telefon atau mesej teks atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan kami oleh kami atau pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam klausa 5 di sini;
- Perkhidmatan kelab, keselamatan/sekuriti dan program kesetiaan pelanggan;
- Tujuan- tujuan lain yang diperuntukkan dalam perkhidmatan atau produk khusus yang kami menawar;
- Rekod Dalaman & Luaran ( Pemasaran)
- Pemasaran produk / perkhidmatan kami kepada anda sama ada pada masa kini atau masa depan;
- Bagi tujuan- tujuan yang berkaitan dengan mana- mana di atas, termasuk tanpa terhad kepada penyelidikan, penanda aras dan analisisa statistik;
- Penyimpanan rekod dalaman;
- Pematuhan Undang- Undang
- Pencegahan, penghalangan, laporan bagi apa- apa jenayah termasuk tanpa terhad kepada penipuan, rasuah dan pengubahan wang haram; dan
- Pematuhan kepada mana- mana undang- undang atau peraturan yang berkaitan dengan perkhidmatan / produk kami dan untuk mendedah di bawah keperluan mana-mana undang- undang, peraturan, arahan, perintah mahkamah, perintah, undang- undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod berkenaan kepada kami atau mana- mana anak syarikat, syarikat- syarikat berkaitan dengan Syarrikat.
5. Pihak Ketiga
Kami tidak akan mendedahkan mana-mana data peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa kebenaran anda dan kecuali yang berikut untuk tujuan memenuhi kewajipan kami kepada anda berkenaan dengan Tujuan dan semua tujuan lain yang berkaitan dengan Tujuan tersebut. Dengan ini, anda bersetuju dan memberi kuasa kepada kami untuk mendedahkan data peribadi anda kepada pihak- pihak ketiga yang berikut:
- syarikat bersekutu, anak syarikat, syarikat- syarikat yang berkaitan dengan syarikat kami;
- rakan kongsi perniagaan kami termasuk syarikat sekutu perniagaan atas talian, peruncit, pengedar, agen yang menyampai, membekal, mengedar dan/ atau berurusan secara umum tentang perkhidmatan atau produk kami yang berkaitan dengan perniagaan kami dan berkaitan dengan program kesetiaan dan program- program lain;
- juruaudit, jurutera, juruukur bahan, juruukur tanah, perunding perniagaan, akauntan, peguam atau penasihat profesional kami yang lain dan/atau perunding sebagaimana yang kami f ikir perlu dan sesuai;
- sub- kontraktor atau pemberi perkhidmatan atau produk pihak ketiga sebagaimana yang kami f ikir perlu atau yang sesuai termasuk pengurusan harta pihak ketiga atau syarikat- syarikat atau entiti pemasaran;dan
- mana- mana pihak yang pendedahan kami adalah diwajib atau dikehendaki di bawah undang- undang atau sebagai t indakbalas kepada pihak berkuasa tempatan atau negeri atau persekutuan, pengawal selia industri , agensi penguatkuasa, pihak berkuasa berkanun, mahkamah, tribunal, pusat timbang tara, pesuruhjaya atau majlis atau persatuan undang- undang yang diberi kuasa oleh undang- undang.
6. Kewajipan Anda
Adalah wajib bagi anda untuk memastikan data peribadi yang dibekalkan oleh anda kepada kami adalah tepat, tidak mengelirukan dan dikemaskini dalam semua aspek demi kami memproses data peribadi anda untuk Tujuan yang dinyatakan dalam klausa 4 disini. Selanjutnya, kami boleh meminta bantuan anda untuk mendapatkan persetujuan pihak ketiga di mana data peribadi pihak ketiga tersebut disediakan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk melakukannya.
7. Hak- Hak Anda
- Hak mengakses kepada data peribadi
Anda berhak untuk mengakses data peribadi anda yang kami kumpul dan proses dengan menyampaikan notis yang munasabah. - Hak membuat pembetulan data peribadi
Anda berhak untuk membuat pembetulan data peribadi anda yang dikemukakan oleh anda dengan menyampaikan notis yang munasabah. - Hak mengehadkan pemprosesan data peribadi anda
Anda berhak untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda dengan permohonan untuk menarik balik kebenaran anda sepenuhnya dalam setiap kes sebelum ini, termasuk untuk tujuan pemasaran langsung dengan tertakluk kepada sebarang sekatan undang- undang dan syarat- syarat kontrak dengan menyampaikan notis yang munasabah.
8. Butir- butir hubungan untuk membuat pertanyaan dan aduan mengenai data peribadi
Jika anda ingin melaksanakan hak-hak anda dalam klausa 7 untuk membuat pertanyaan atau aduan mengenai data peribadi anda, polisi, prosedur berhubungan dengan pemprosesan data peribadi anda, anda boleh menghubungi jabatan kami seperti berikut:
Jabatan | : | PR & Corporate Communications |
No. Telephone | : | +603 8993 9911 |
Fax No. | : | +603 8993 9922 |
Alamat e- mel | : | info@exsim.com.my |
Alamat pos | : | No. 18, Block 2, Jalil Link, Jalan Jalil Jaya 2, Bukit Jalil, |
57000 Kuala Lumpur, Malaysia. |
9. Maklumat- maklumat lain
Anda boleh melawati Laman Web kami pada https://exsim.com.my/ untuk mengetahui terma dan syarat kami dengan lebih lanjut.
************************